Pada tahun 2023, team kami menyertai Pertandingan dan Anugerah Tokoh Bio Usahawan Bioteknologi sempena Karnival Bio Kelantan 2023. Alhamdulillah kami disenarai pendek sebagai penerima anugerah dan sesi penghakiman dijalankan di pejabat rasmi Bionature Scientific Solution.

Terima kasih kepada para juri (kakitangan MARDI), khususnya kepada pengarah MARDI, Ir. Zainuddin bin Zakarian kerana sudi bertandang ke pejabat rasmi kami.

Alhamdulillah, Bionature Scientific Solution memenangi anugerah di tempat ketiga dalam Anugerah Tokoh Bio Usahawan, Peringkat Negeri Kelantan 2023.

Insyaallah, kami akan menambah baik inovasi dan kajian penyelidikan berasakan bahan sumber asli untuk kegunaan dan kebaikan masyarakat, khususnya untuk rakyat Negeri Kelantan.

Terima kasih semua yang sentiasa menyokong kami. Alhamdulillah

Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk memproses pesanan anda, menyokong pengalaman anda di laman web ini, dan untuk tujuan lain seperti yang diterangkan dalam polisi privasi kami.
2024 © Hak Cipta Terpelihara Bionature Scientific Solution 202003360924 (KT0485849-X). Servis Diuruskan Oleh LamanWeb