Soalan Lazim

Boleh dipesan melalui:

  • Toyyib pay (online banking)
  • Online transfer
  • QR pay

Bahan utama ialah air suling gaharu, minyak sacha inchi, minyak zaitun dan minyak kelapa. Kebanyakan bahan tersebut mempunyai fungsi sebagai anti-oksidan di mana ia mapu memulih dan merawat kulit bermasalah dengan berkesan dan selamat.

Alhamdulillah sesuai kerana Agarich berasaskan bahan semulajadi yang selamat digunakan di kawasan sensitif seperti muka dan kesannya yang lebih sederhana memberikan keselesaan pada kulit muka.

Penyimpanan yang sesuai adalah di tempat yang teduh dan bukan di bawah sinaran matahari.

Jauhkan dari tempat yang bersuhu tinggi seperti dalam kereta kerana ia boleh meyebabkan ketidakstabilan produk.

Kebanyakan produk berasaskan bahan semulajadi sensitif kepada suhu dan cahaya kerana ia boleh menguraikan bahan aktif yang ada di dalam produk tersebut.

Sebenarnya situasi ini dikenali sebagai “steroid withdrawal” dan selalunya ia berlaku kepada pengguna yang telah memakai krim steroid dengan kadar kekerapan yang tinggi.

Oleh sebab itu, pengguna haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar untuk mengurangkan dos steroid dan setelah lengkap, barulah boleh menggunakan produk lain yang tanpa steroid dengan berkesan. Walaubagaimanapun, selalunya ia berlaku kepada pengguna yang membeli krim gatal atau eczema yang mempunyai steroid tanpa pengawalan doktor.

Akhirnya ia boleh menyebabkan pengguna tersebut akan mengalami masalah “steroid-dependancy”.

“Patch test” ialah ujian mudah untuk menguji tahap alahan seseorang pada sesuatu bahan yang baru ingin digunakannya. Caranya ialah dengan menyapu sedikit bahan produk yang ingin digunakan pada kawasan kulit yang bersih dan tiada masalah. Ia dibiarkan selama sehari, sekiranya tiada alahan yang belaku, produk tersebut sesuai digunakan.

Ya, boleh. Namun demikian, sebaik-baiknya penggunaan produk lain ditangguhkan terlebih dahulu bagi memastikan keberkesanan produk dan juga bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan pada kulit. Pastikan pengguna melakukan “patch test” terlebih dahulu pada awal penggunaan.

Agarich boleh digunakan 2-3 kali sehari bergantung kepada keperluan. Ia boleh dijadikan pelembap kulit secara rutin dan ia adalah berasaskan bahan semulajadi yang tinggi khasiatnya. Penggunaan yang lebih berkesan adalah selepas mandi, iaitu ketika kulit masih lembap dan boleh disapu secara gerakan membulat bagi mendapatkan kesan serapan ke dalam kulit dengan lebih baik.

In shaa Allah ia dapat membantu. Alhamdulillah, produk Agarich (krim untuk kulit sensitif) telah membantu ramai pengguna yang mempunyai masalah kulit seperti eczema, kembali pulih dan mampu menjalani rutin harian dengan lebih baik dan berkualiti.

Kebanyakan produk ialah mempunyai berat 30 gm dan kebiasaannya ia akan bertahan selama 45 hari atau sebulan setengah. Penggunaaanya bergantung kepada kekerapan dan keluasan kawasan yang digunakan

Seawal 3 hari dengan pemakaian konsisten akan merasai awal perubahan. Namun, untuk mendapat keberkesanan yang lebih baik pemakaian yang berterusan dalam  masa 14 hari akan memberikan kesan yang lebih baik dan ia bergantung kepada kekerapan penggunaan.

Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk memproses pesanan anda, menyokong pengalaman anda di laman web ini, dan untuk tujuan lain seperti yang diterangkan dalam polisi privasi kami.
2024 © Hak Cipta Terpelihara Bionature Scientific Solution 202003360924 (KT0485849-X). Servis Diuruskan Oleh LamanWeb