Bengkel Dewasa

Belajar buat sabun dan lilin aromaterapi bersama kelas yagn disediakan oleh Dr Elles. Kami mengalukan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas untuk menyertai kelas ini dalam menimba satu kemahiran dan ilmu yang baru untuk dijadikan sebagai hobi mahupun satu platform perniagaan.

Modul Kelas Pembuatan Produk Dewasa

Kelas Sabun

Kelas pembuatan sabun dewasa ini terbahagi kepada dua(2) jenis sabun, sabun cild processed dan sabun melt & pour.
Sasaran Umur: 18 Tahun & keatas
Tempoh Kelas: 4 Jam
Modul Kelas:
  • Pengenalan bahan - bahan asas sabun
  • Mempelajari teori pembuatan sabun dan pengiraan formulasi mengikut fungsi sabun
  • Hands-on penghasilan sabun menggunakan teknik yang berbeza
  • Mempelajari penggunaan bahan adatif yang sesuai dalam formulasi sabun
  • Pembungkusan dan perlabelan sabun sesuai untuk sabun yang terhasil (kesemua sabun boleh dibawa pulang)
  • Pembungkusan sabun yang terhasil (kesemua sabun boleh dibawa pulang)

1. Sabun Cold Processed

• Pembuatan sabun cold processed ialah pembuatan sabun yang melibatkan minyak dan Iye (NaOH)

• Penghasilan sabun ini memerlukan teknik dan formulasi yang sesuai bagi mendapatkan hasil sabun yang lebih baik.

2. Sabun Melt & Pour

• Pembuatan sabun melt & pour lebih sesuai kepada peserta yang baru belajar membuat sabun

• Ia lebih sesuai kepada peserta yang ingin berniaga kerana prosesnya lebih mudah dan cepat

• Penghasilan sabun ini boleh menggunakan pelbagai jenis bahan aditif yang sesuai dengan fungsi sabun

Kelas Lilin Aromaterapi

Kelas pembuatan lilin aromaterapi dewasa ini terbahagi kepada tiga(3) jenis modul.
Sasaran Umur: 18 Tahun & keatas
Tempoh Kelas: 4 Jam
Modul Kelas:
  • Pengenalan bahan asas lilin aromaterapi
  • pengiraan formulasi lilin
  • Hands-on penghasilan lilin menggunakan teknik yang berbeza
  • Mempelajari penggunaan warna dan pewangi yang sesuai dalam formulasi lilin aromaterapi
  • Dekorasi dan pembungkusan lilin yang terhasil (kesemua lilin boleh dibawa pulang)
  • Perlabelan lilin yang sesuai untuk dijual

Modul 1: Lilin Bersumbu

• Pendekatan pembuatan lilin aromaterapi bersumbu adalah bertumpu kepada jenis wax dan bahan aditif yang digunakan.

Modul 2: Wax Melt

• Pembuatan lilin tanpa sumbu adalah bertumpu kepada penggemar lilin yang menggunakan wax burner sebagai alat untuk mencairkan lilin aromaterapi.

• Pembuatan lilin jenis ini lebih menarik kerana pelbagai acuan yang kreatif boleh digunakan.

• Ia sesuai digunakan sebagai doorgift.

Modul 3: Pewangi Almari

• Pewangi almari adalah “natural freshener” yang dihasilkan daripada wax (lilin).

• Pembuatan pewangi almari adalah bertumpu kepada pencampuran dua warna berbeza, dekorasi dan ikatan untuk digantung sebagai produk terakhir.

• Fungsi pewangi almari adalah untuk memberikan bau yang harum dalam almari baju/laci baju bagi mengelakkan bau hapak.

• Ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah atau doorgift yang cantik.

Apa Kata Mereka

Hampir kesemua peserta berpuas hati dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka dapat melalui kelas ini
Bengkel pembuatan sabun dan lilin aromaterapi ini dapat memberikan peluang untuk peserta mempelajari kemahiran baru dalam pembuatan produk. Ia juga dapat membantu peserta yang ingin memulakan bisnes merancang strategi dalam memulakan bisnes dalam bidang tersebut.

Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk memproses pesanan anda, menyokong pengalaman anda di laman web ini, dan untuk tujuan lain seperti yang diterangkan dalam polisi privasi kami.
2024 © Hak Cipta Terpelihara Bionature Scientific Solution 202003360924 (KT0485849-X). Servis Diuruskan Oleh LamanWeb