Belajar buat sabun dan lilin aromaterapi bersama kelas yagn disediakan oleh Dr Elles. Kami mengalukan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas untuk menyertai kelas ini dalam menimba satu kemahiran dan ilmu yang baru untuk dijadikan sebagai hobi mahupun satu platform perniagaan.
Kelas pembuatan sabun dewasa ini terbahagi kepada dua(2) jenis sabun, sabun cild processed dan sabun melt & pour.
Sasaran Umur: 18 Tahun & keatas Tempoh Kelas: 4 Jam
Modul Kelas:
Pengenalan bahan - bahan asas sabun
Mempelajari teori pembuatan sabun dan pengiraan formulasi mengikut fungsi sabun
Hands-on penghasilan sabun menggunakan teknik yang berbeza
Mempelajari penggunaan bahan adatif yang sesuai dalam formulasi sabun
Pembungkusan dan perlabelan sabun sesuai untuk sabun yang terhasil (kesemua sabun boleh dibawa pulang)
Pembungkusan sabun yang terhasil (kesemua sabun boleh dibawa pulang)
1. Sabun Cold Processed
• Pembuatan sabun cold processed ialah pembuatan sabun yang melibatkan minyak dan Iye (NaOH)
• Penghasilan sabun ini memerlukan teknik dan formulasi yang sesuai bagi mendapatkan hasil sabun yang lebih baik.
2. Sabun Melt & Pour
• Pembuatan sabun melt & pour lebih sesuai kepada peserta yang baru belajar membuat sabun
• Ia lebih sesuai kepada peserta yang ingin berniaga kerana prosesnya lebih mudah dan cepat
• Penghasilan sabun ini boleh menggunakan pelbagai jenis bahan aditif yang sesuai dengan fungsi sabun
Kelas Lilin Aromaterapi
Kelas pembuatan lilin aromaterapi dewasa ini terbahagi kepada tiga(3) jenis modul.
Sasaran Umur: 18 Tahun & keatas Tempoh Kelas: 4 Jam
Modul Kelas:
Pengenalan bahan asas lilin aromaterapi
pengiraan formulasi lilin
Hands-on penghasilan lilin menggunakan teknik yang berbeza
Mempelajari penggunaan warna dan pewangi yang sesuai dalam formulasi lilin aromaterapi
Dekorasi dan pembungkusan lilin yang terhasil (kesemua lilin boleh dibawa pulang)
Perlabelan lilin yang sesuai untuk dijual
Modul 1: Lilin Bersumbu
• Pendekatan pembuatan lilin aromaterapi bersumbu adalah bertumpu kepada jenis wax dan bahan aditif yang digunakan.
Modul 2: Wax Melt
• Pembuatan lilin tanpa sumbu adalah bertumpu kepada penggemar lilin yang menggunakan wax burner sebagai alat untuk mencairkan lilin aromaterapi.
• Pembuatan lilin jenis ini lebih menarik kerana pelbagai acuan yang kreatif boleh digunakan.
• Ia sesuai digunakan sebagai doorgift.
Modul 3: Pewangi Almari
• Pewangi almari adalah “natural freshener” yang dihasilkan daripada wax (lilin).
• Pembuatan pewangi almari adalah bertumpu kepada pencampuran dua warna berbeza, dekorasi dan ikatan untuk digantung sebagai produk terakhir.
• Fungsi pewangi almari adalah untuk memberikan bau yang harum dalam almari baju/laci baju bagi mengelakkan bau hapak.
• Ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah atau doorgift yang cantik.
Apa Kata Mereka
Hampir kesemua peserta berpuas hati dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka dapat melalui kelas ini
Bengkel pembuatan sabun dan lilin aromaterapi ini dapat memberikan peluang untuk peserta mempelajari kemahiran baru dalam pembuatan produk. Ia juga dapat membantu peserta yang ingin memulakan bisnes merancang strategi dalam memulakan bisnes dalam bidang tersebut.
Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk memproses pesanan anda, menyokong pengalaman anda di laman web ini, dan untuk tujuan lain seperti yang diterangkan dalam polisi privasi kami.