Bengkel Kanak-kanak

Dedahkan kemahiran pembuatan sabun & lilin aromaterapi kepada anak-anak anda. Perkenalkan ilmu asas sains mudah untuk pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Penuhi masa mereka dengan perkara yang berfaedah dan bantu anak-anak anda untuk berinteraktif dengan lebih yakin dan bersemangat.

Modul Kelas Pembuatan Produk Kanak-Kanak

Kelas Sabun

Kelas pembuatan sabun kanak-kanak menggunakan sabun jenis melt and pour soap yang lebih sesuai untuk "beginner". Pendekatan tentang sabun semulajadi dititkberatkan sebagai panduan bagi kemahiran asas penjagaan alam sekitar.
Sasaran Umur: 5 - 12 Tahun
Tempoh Kelas: 3 Jam
Modul Kelas:
  • Pengenalan bahan asas sabun semulajadi (teori sains mudah)
  • Teknik penghasilan sabun pepejal menggunakan bahan asas
  • Hands-on penghasilan sabun menggunakan teknik yang berbeza
  • Mempelajari penggunaan warna dan pewangi yang sesuai dalam formulasi sabun
  • Sesi interaktif bersama peserta (mengetahui tahap pemahaman peserta)
  • Pembungkusan sabun yang terhasil (kesemua sabun boleh dibawa pulang)
  • Sesi bergambar peserta bersama sabun yang dihasilkan

Kelas Lilin Aromaterapi

Kelas pembuatan lilin aromaterapi kanak-kanak mempunyai 3 jenis modul yang berbeza. Pendekatan pembuatan lilin aromaterapi adalah bertumpu kepada jenis wax yang digunakan dan juga kreativiti dalam menghasilkan lilin.
Umur Sasaran: 5 - 12 Tahun
Tempoh Kelas: 3 Jam
Modul Kelas:
  • Pengenalan bahan asas lilin aromaterapi (teori sains mudah)
  • Penghasilan lilin dengan menggunakan bahan mesra alam
  • Hands-on penghasilan lilin menggunakan teknik yang berbeza
  • Mempelajari penggunaan warna dan pewangi yang sesuai dalam formulasi lilin aromaterapi
  • Sesi interaktif bersama peserta (mengetahui tahap pemahaman peserta)
  • Dekorasi dan pembungkusan lilin yang terhasil (kesemua lilin boleh dibawa pulang)
  • Sesi bergambar peserta bersama lilin yang dihasilkan

Modul 1: Lilin Bersumbu

• Pembuatan lilin bersumbu akan menghasilkan 2 jenis lilin:

a) Lilin bersumbu yang dihasilkan dalam bekas sebagai asas
b) Lilin tanpa sumbu yang akan dihiasi di atas lilin bersumbu

• Penggunaan warna yang berbeza pada lilin tanpa sumbu akan memberikan dekorasi yang berbeza kepada produk terakhir lilin aromaterapi Pewangi

Modul 2: Pewangi Almari

• Pewangi almari adalah "natural freshener" yang dihasilkan daripada wax (lilin)

• Pembuatan pewangi almari adalah bertumpu kepada pencampuran dua warna berbeza, dekorasi dan ikatan untuk digantung sebagai produk terakhir.

• Fungsi pewangi almari adalah untuk memberikan bau yang harum dalam almari baju/laci baju bagi mengelakkan bau hapak.

Modul 3: Wax Melt

• Pembuatan lilin tanpa sumbu (wax melt) adalah bertumpu kepada dekorasi dan kreativiti peserta

• Lilin tanpa sumbu ini dicairkan dengan menggunakan 'wax burner'

• Ia dihasilkan dengan menggunakan acuan lilin yang lebih menarik seperti choclate bar dan popsicle (betuk ice cream)

• Teknik pembuatan lilin ini merangkumi penggunaan warna dan bahan aditif di mana pengalaman baru diperolehi terutamanya bagi peserta yang meminati seni kraft.

Lihat Apa Kata Ibu Bapa

Ibu bapa amat berbangga dengan hasil pembelajaran daripada kelas - kelas yang anak mereka sertai.
Bengkel pembuatan sabun dan lilin aromaterapi ini dapat memberikan peluang untuk berkreativiti malah dapat memberikan pengetahuan yang lebih luas dalam asas sains yang ada dalam penghasilan produk yang dibuat.

Pelbagai pengalaman dan ilmu baru dapat digapai dalam penyertaan anak - anak dalam aktiviti ini dan boleh menggalakkan mereka untuk lebih yakin dan bersemangat dalam persaingan dan mendapat kenalan baru.
Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk memproses pesanan anda, menyokong pengalaman anda di laman web ini, dan untuk tujuan lain seperti yang diterangkan dalam polisi privasi kami.
2024 © Hak Cipta Terpelihara Bionature Scientific Solution 202003360924 (KT0485849-X). Servis Diuruskan Oleh LamanWeb