Lawatan Ke Ladang Sacha Inchi

Lawatan ke Sacha Inchi milik Norinca bersama Dr Asanah Radhi Jue Ahmad pada tahun 2021 telah meninggalkan banyak kenangan yang menarik dan berguna.

Pelbagai ilmu yang dipelajari dan dapat digunakan sehingga sekarang. Kami juga masih menggunakan minyak daripada sacha inchi ini dalam produk penjagaan kulit sebagai salah satu bahan utama.

Sacha inchi atau nama saintifiknya, Plukenetia volubilis adalah sejenis pokok pokok kekacang yang berasal dari Peru. Buahnya kaya dengan omega 3 (48 %), 6 (35 %), 9 (9 %) dan vitamin A & E yang bagus sebagai sumber antioksidan. Kandungan omega 3 yang tinggi menyebabkan buah sacha inchi boleh berfungsi sebagai minyak ikan iaitu membantu meningkatkan kesihatan jantung atau kardiovaskular.
Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk memproses pesanan anda, menyokong pengalaman anda di laman web ini, dan untuk tujuan lain seperti yang diterangkan dalam polisi privasi kami.
2024 © Hak Cipta Terpelihara Bionature Scientific Solution 202003360924 (KT0485849-X). Servis Diuruskan Oleh LamanWeb