Bionature Scientific Solution (BSS) merupakan sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang didaftarkan pada 7 Disember 2020. BSS diasaskan oleh Dr. Fatimah Suhaily bt Abdul Rahman (Dr. Ily). Dr. Ily mempunyai pengalaman penyelidikan selama 16 tahun dalam bidang Biomaterial yang berkaitan kesihatan dan telah menerbitkan beberapa artikel berkenaan dengannya.
Jenis perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat BSS ialah membuat formulasi dan mengeluarkan produk berasaskan bahan semulajadi. Pembukaan syarikat ini adalah bermula dengan minat yang mendalam Dr. Ily terhadap produk yang berasaskan bahan semulajadi dan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Permulaan dengan membuat beberapa formulasi untuk kegunaan sendiri, keluarga dan kenalan terdekat menyebabkan kami mengambil keputusan untuk mengorak langkah secara serius, sehingga kami bersepakat menubuhkan syarikat ini bagi memperluaskan perniagaan kami di dalam negara khususnya, terutama di lokaliti kami sendiri iaitu daerah Kota Bharu.
You must scan the QR code, click continue to attach the screenshot (it is the only proof of payment) and you will be able to complete the purchase.